Nov 16, 2022 - FASSelangor FC akan berdepan seteru Terengganu FC di Stadium MBPJ jam 9 malam ini untuk perlawanan Separuh Akhir kempen TM Piala Malaysia 2022.
Pasukan Gergasi Merah berjaya melayakkan diri ke pusingan Separuh Akhir TM Piala Malaysia 2022 setelah menewaskan Negeri Sembilan FC dengan keputusan penuh agregat 4-2 di Stadium Tuanku Abdul Rahman baru-baru ini. Baca lebih lanjut reviu perlawanan di sini.
Untuk rekod, malam ini merupakan perlawanan keenam pertembungan di antara pasukan Merah Kuning dan Sang Penyu dalam pusingan Separuh Akhir Piala Malaysia.
Menurut Tan Cheng Hoe, Ketua Jurulatih Selangor FC, pemain perlu laksanakan tugasan mereka walau apa sekali situasi pihak lawan.
"Dalam perlawanan Separuh Akhir ini, apa sahaja boleh berlaku dan peluang adalah terbuka untuk mana-mana pasukan memenangi perlawanan.
Saya juga yakin semua pemain daripada mana-mana pasukan pun mahu mara ke pentas Akhir TM Piala Malaysia 2022. Apa sahaja pihak lawan lalui bukanlah satu kelebihan untuk kita. Apa yang penting adalah pemain-pemain kita sudah tahu tugasan mereka untuk perlawanan Separuh Akhir ini," tegas Tan Cheng Hoe
Dari segi keberadaan pemain untuk perlawanan Piala Malaysia hari ini, pasukan Selangor FC masih belum dapat menurunkan Safuwan Baharudin yang masih dalam proses pemulihan akibat daripada kecederaan ‘mild traumatic brain injury’, manakala Halim Saari masih lagi dalam proses pemulihan penuh daripada kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).
Selain itu, Zahril Zabri juga tidak dapat bersama pasuan kerana mengalami Meniscus. Harith Haiqal dan Izwan Yuslan pula dilanda demam beberapa hari ini. Manakala, Yazan Al-Arab pula sedang menjalankan tanggungjawabnya bersama Jordan untuk perlawanan persahabatan internasional menentang Sepanyol.
Selangor FC mendoakan semua pemain berada dalam keadaan yang bersedia dan mendapatkan keputusan yang positif malam ini untuk dibawa ke perlawanan timbal balik di Terengganu.
Demi Kebanggaan!